X

Kindly register in order to view this article
!

Kebakaran tangki minyak di PD tidak jejas bekalan

A
A

PUTRAJAYA - Kebakaran tangki minyak mentah di Kampung Paya, Port Dickson semalam tidak memberi kesan kepada seluruh infrastruktur bekalan kerana ia melibatkan sebuah tangki sahaja dan tidak merebak ke tangki penyimpanan minyak bersebelahan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata pihak Hengyuan Refining Company Bhd (HRC) memberi jaminan bahawa bekalan tidak terjejas namun pemeriksaan sepenuh bekalan sedang dilakukan oleh pihak syarikat itu.

"Operasi gantri di loji penapisan minyak kembali pulih seperti sediakala dan kembali membekalkan stok gas petroleum cecair (LPG), Petrol U97, Kero dan diesel kepada pihak SMT Sdn Bhd, NGC Energy Sdn Bhd dan Petron mulai jam 2.40 pagi ini.

"Mengikut rekod syarikat, simpanan semasa tangki itu adalah 10,000 liter dengan saiz tangki berukuran 23 x 60 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kebakaran itu terjadi akibat panahan petir berikutan hujan lebat semalam, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba masih menyiasat punca utama kebakaran itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus