Bayar zakat RM4.3 juta, TNB bantu 21,000 individu

Jurutera pengeluaran juga wakil Stesen Janaelektrik Chenderoh, Khairul Azhar bersama anggota kerja stesen menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat TNB berupa makanan dan wang tunai kepada fakir miskin sekitar kawasan Chenderoh pada 14 Mei lalu.

A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) membantu seramai 21,000 individu yang memerlukan menerusi pembayaran zakat berjumlah RM4.3 juta.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, bantuan diagihkan terus warga kerja TNB secara berperingkat sejak awal Ramadan kepada fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU), anak yatim serta golongan B40 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Warga kerja kami menziarahi dan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik sekali gus dapat mengukuhkan amalan sentiasa bersyukur, prihatin dan berkongsi rezeki bersama masyarakat.

"Sumbangan ditumpukan kepada yang tinggal di kawasan berhampiran lokasi operasi TNB di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini

Seorang wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) (kiri) menyantuni golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19 di Chuah, Negeri Sembilan. TNB turut menyampaikan bantuan daripada wakalah zakat kepada golongan bukan Islam yang layak seperti mereka yang berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan B40.

Menurutnya, bantuan zakat berkenaan membabitkan wang saku dan barangan keperluan harian yang amat diperlukan kerana kebanyakan penerima hilang punca pendapatan dalam tempoh PKP.

"Kami berharap zakat ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang dihimpit kesukaran lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri.

"Selain menyantuni golongan yang terjejas beragama Islam, sebahagian penerima manfaat wakalah turut melibatkan masyarakat bukan Islam yang layak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat TNB kepada seorang asnaf yang mempunyai anak OKU di Tunjung Kota Bharu.
Wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat TNB kepada seorang asnaf yang mempunyai anak OKU di Tunjung Kota Bharu.