X

Kindly register in order to view this article
!

Dua sepupu tidak sempat beraya, maut motosikal terbabas

eksiden
A
A

TUMPAT - Dua bersepupu tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama esok apabila kedua-duanya maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kampung Jubakar Darat, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Shahriman Yusof, 19, dan Aiman Saifuddin Zakaria, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bapa Shahriman, Yusof Awang, 46, berkata beliau mengetahui kemalangan yang menimpa anaknya itu pada jam 5.10 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya.

"Sebelum kejadian anak ada beritahu nak mahu keluar bersama sepupunya Aiman ke rumah seorang rakan untuk memikat burung kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

"Saya hanya menasihatkan dia agar berhati-hati, namun berita mengejutkan saya terima pagi ini," katanya dengan sayu ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tumpat di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!