Rumah terbakar, tiga keluarga tidak sempat beraya

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran bagi mengelakkan merebak ke rumah lain. - Foto JBPM Kelantan
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran bagi mengelakkan merebak ke rumah lain. - Foto JBPM Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Tiga buah rumah separuh kekal musnah dalam satu kebakaran di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 petang.

"Seramai 22 anggota dari Balai Kota Darul Naim, Tunjong dan Kota Bharu bergegas ke tempat kejadian bagi membantu operasi memadam api.

Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan dan harta benda disebabkan api merebak dengan cepat.
Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan dan harta benda disebabkan api merebak dengan cepat.

"Api sedang marak ketika kami tiba, namun api berjaya dipadam selepas dapat mengawalnya daripada merebak ke kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, kediaman tersebut 90 peratus musnah dan punca kejadian masih dalam siasatan forensik bomba.

Rumah didiami tiga keluarga itu musnah 90 peratus. - Foto JBPM Kelantan
Rumah didiami tiga keluarga itu musnah 90 peratus. - Foto JBPM Kelantan

"Kediaman dihuni tiga keluarga dan mereka tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan dan harta benda disebabkan api merebak dengan cepat," katanya.

Artikel Berkaitan: