X

Kindly register in order to view this article
!

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Ahad ini

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman (kanan) mendengar penerangan oleh Petugas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan Agku Bolkhizan Ahmad Thani (tengah) ketika melakukan cerapan bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh 1 Syawal 1441H bagi menyambut Aidilfitri di Pusat Cerapan Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan hari ini.Foto: Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Suli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus