Setiap tahun sambut Aidilfitri di hospital: Dr Noor Hisham

Noor Hisham bergambar bersama pertugas media pada sidang media di sini hari ini.
Noor Hisham bergambar bersama pertugas media pada sidang media di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan rutin Aidilfitrinya saban tahun.

Katanya, tiada apa yang membezakan kerana selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, beliau akan ke hospital untuk beraya bersama 'keluarga besarnya'.

"Setiap tahun saya menyambut Aidilfitri di hospital bersama 'frontliners' kita. Tahun ini tiada beza," katanya ketika menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar perkembangan terkini koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini hari ini.

Malaysia dijangka akan meraikan Aidilfitri pada Ahad ini selepas 30 hari menunaikan ibadah puasa.

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 telah mengubah suasana Aidilfitri apabila rakyat diseru mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak diri dijangkiti wabak itu.

Artikel Berkaitan: