AFC puji tindakan KAFA

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat permohonan bagi membawa isu tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco De Jesus ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) adalah tindakan yang tepat.

Menurut Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John isu tunggakan gaji berada dalam bidang kuasa bagi Jawatankuasa Status Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Justeru katanya, KAFA sememangnya mempunyai hak untuk membawa perkara berkenaan ke CAS untuk tindakan selanjutnya.

“Dalam struktur sukan ada badan atau jawatan kuasa. Seperti di FIFA, mengikut strukturnya ada badan disiplin, kemudian ada badan rayuan dan kemudian CAS iaitu badan bebas yang bertujuan mencari penyelesaian bagi mana-mana pihak sekali pun.

“Dalam kes melibatkan pasukan Kelantan iaitu tuntutan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco De Jesus, KAFA ada hak untuk bawa kes ke CAS,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Windsor berkata demikian bagi mengulas permohonan KAFA untuk mendapatkan penjelasan atau ground decision daripada FIFA berhubung isu tunggakan gaji pemain pertahanan dari Brazil berusia 30 tahun itu yang berjumlah RM629,620.28.

Difahamkan, KAFA diarahkan untuk melunaskan tunggakan gaji berkenaan dalam tempoh 30 hari mulai 23 April lalu atau berdepan tindakan daripada FIFA.

Sementara itu, Windsor turut memaklumkan bahawa sebarang keputusan dikeluarkan daripada CAS kelak adalah muktamad.

Artikel Berkaitan:

“Biasanya keputusan CAS adalah muktamad. Sekiranya permohonan KAFA untuk membawa isu tunggakan gaji ke CAS dengan ground decision ia berita baik.

“Ini kerana sekurang-kurangnya KAFA ada tempoh 45 hari melunaskan tunggakan gaji itu. Jika tidak, KAFA akan berdepan tindakan berat daripada FIFA,” katanya.