Covid-19: PKP lebih efektif berbanding PKPB

Pemandangan dari udara di Plaza Tol Jalan Duta di kedua-dua arah yang kelihatan lengang ketika tinjauan pada hari ke-18 penguatkuasaan PKP bagi mencegah penularan Covid-19 di negara ini. Foto: Bernama
Pemandangan dari udara di Plaza Tol Jalan Duta di kedua-dua arah yang kelihatan lengang ketika tinjauan pada hari ke-18 penguatkuasaan PKP bagi mencegah penularan Covid-19 di negara ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih efektif berbanding Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengurangkan jumlah jangkitan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, biarpun begitu, PKPB yang sedang dilaksana di negara ini tidak meningkatkan kes lebih tinggi.

"Walaupun PKPB kurang efektif tetapi ia tidak meningkatkan kes dengan tinggi," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, pencegahan kes Covid-19 bukan terletak pada bahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan semata-mata malah ia tanggungjawab yang harus dipikul bersama rakyat.

"Setiap daripada kita perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kementerian," katanya.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan pihaknya ialah kemungkinan peningkatan kes positif yang mendadak selepas perayaan.

"Berdasarkan data dari luar negara, setiap kali perayaan mereka pulang ke kampung dan kes akan meningkatkan secara mendadak dua minggu selepas itu.

"Itu yang membimbangkan kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, kes jangkitan Covid-19 di negara ini akan mencapai angka satu digit sekiranya rakyat mematuhi SOP pada perayaan ini.

"Sebaliknya kes akan mendadak sekiranya meminggirkan SOP," katanya.