X

Kindly register in order to view this article
!

Campak bayi: Pasangan kekasih didakwa selepas Aidilfitri

Laporan Sinar Harian 13 Mei lalu. (Gambar kecil: A Anbalagan).
A
A

BALIK PULAU - Sepasang kekasih yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan dicampak dari tingkat empat sebuah flat dijangka berdepan pertuduhan di mahkamah selepas Aidilfitri ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kedua-dua suspek itu bagaimanapun ketika ini dibebaskan dengan jaminan polis pada 19 Mei lalu.

Menurutnya, kertas siasatan kes tersebut juga telah siap dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya pada hari sama.

"Kita sedang menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk dituduh di mahkamah dan kemungkinan mereka akan dituduh selepas Hari Raya Aidilfitri ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini semalam.

Diminta mengulas mengenai keadaan bayi tersebut, Anbalagan berkata, bayi berusia 10 hari itu kini semakin sihat dan berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamaknya campak bayi sendiri dari tingkat empat!

Teman lelaki suspek campak bayi dari tingkat empat ditahan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus