Isi borang 'online' jika mahu pulang ke Malaysia

Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia. - Gambar hiasan
Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia di luar negara yang mahu pulang ke tanah air serta mempunyai kekangan untuk ke Kedutaan Malaysia di sana boleh memaklumkan perkara itu secara dalam talian.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian memahami kesukaran yang dihadapi menyebabkan mereka terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk ke kedutaan.

"Kementerian menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini dan mereka tidak perlu bimbang lagi kerana boleh mengisi borang pulang ke tanah air secara dalam talian.

"Mereka juga boleh mengisi borang akujanji pembayaran hotel sebanyak 50 peratus menerusi 'online'," katanya pada sidang akhbar harian (Non-Health) di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, rakyat Malaysia terutama yang belum tamat tempoh belajar dinasihatkan untuk tidak pulang ke tanah air dan terus kekal di negara berkenaan.

"Jika mereka pulang sekalipun, perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata, setakat jam 8 pagi hari ini sebanyak 268 pusat kuarantin beroperasi melibatkan 17,174 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

"Seramai 913 rakyat Malaysia pulang ke tanah air semalam dan menjalani proses kuarantin wajib," katanya.

Artikel Berkaitan: