PKPB: 1,050 buah masjid di Sabah dibenarkan solat Jumaat hari ini

Sepanjang tempoh PKPB berlangsung, hanya azan solat lima waktu dilaungkan di Masjid Negeri.
Sepanjang tempoh PKPB berlangsung, hanya azan solat lima waktu dilaungkan di Masjid Negeri.
A
A
A

KOTA KINABALU- Sebanyak 1,050 buah masjid di Sabah hari ini dibenarkan mengadakan solat Jumaat mengikut prosedur operasi standard (SOP) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islamnya, Datuk Saifulzaman Sangul.

“Kita berdoa semoga kita dilepaskan daripada ujian koronavirus (Covid-19) besar ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Negeri, di sini hari ini.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Suhaidi Kuanting berkata, sepanjang tempoh PKPB berlangsung, hanya azan solat lima waktu dilaungkan di masjid berkenaan dan bersyukur dapat mengimarahkan masjid, meskipun tidak melibatkan ramai jemaah.

“Hari ini hanya 12 jemaah yang menyertai solat Jumaat, dengan susunan sejadah yang berjarak,” katanya yang menyampaikan khutbah bertajuk ‘Kesinambungan Ramadan dalam kehidupan’.

Selasa lepas, Majlis Fatwa Negeri Sabah membenarkan aktiviti solat berjemaah termasuk solat Jumaat dan tarawih di masjid yang terpilih, selepas dihentikan sementara sejak 18 Mac lalu berikutan arahan PKP kerajaan- Bernama

Artikel Berkaitan: