Normal baru Ramadan buat rakyat Baghdad

Sayyed mengejutkan penduduk untuk bersahur. - Foto AFP
Sayyed mengejutkan penduduk untuk bersahur. - Foto AFP
A
A
A

BAGHDAD - Kira-kira 10 juta rakyat di Baghdad menjalani normal baru sepanjang Ramadan ini selepas Iraq menguatkuasakan perintah berkurung pada sebelah malam bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Menerusi AFP, menjadi rutin setiap kali Ramadan, beberapa jam sebelum masuk waktu Subuh, kedengaran suara Sayyed Mozahem melalui mikrofon mudah alih yang mengajak umat Islam untuk bangun sahur di sebuah kawasan kecil di kota itu.

Mozahem ialah individu 'musaharati' atau orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengingatkan umat Islam tentang sahur.

"Cepat, bangun bersahur," antara kata-katanya ketika berjalan sambil diiringi dengan pukulan genderang tradisional sebagaimana yang pernah dilakukan oleh abang dan ayahnya sebelum ini.

Bagaimanapun kali ini, beliau membawa sedikit kelainan pada laungannya itu dengan menyebut: "Semoga Ramadan akan menjauhkan kita semua daripada koronavirus," katanya.

Penduduk Iraq kini sedang menyesuaikan diri dengan rutin Ramadan yang berbeza memandangkan perintah berkurung bermula dari jam 5 petang hingga jam 5 pagi pada keesokan hari.

Meskipun perbuatan Mozahem itu adalah baik untuk mengejutkan penduduk namun secara teknikal telah melanggar perintah berkurung pada waktu malam.

Artikel Berkaitan: