Kadar bantuan JKM naik bermula 2018

Surat pekeliling mengenai kenaikan kadar bantuan yang berkuat kuasa 1 Januari 2018.
Surat pekeliling mengenai kenaikan kadar bantuan yang berkuat kuasa 1 Januari 2018.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menaikkan kadar bantuan kebajikan masyarakat bagi bantuan orang tua, elaun pekerja cacat, bantuan OKU tidak berupaya bekerja dan bantuan penjagaan pesakit terlantar termasuk OKU dan pesakit kronik bermula tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat pekeliling dikeluarkan Ketua Pengarah Kebajikan Malaysia bertarikh 5 Disember 2017.

Isi kandungan surat itu menyatakan kadar kenaikan itu diumumkan perdana menteri terdahulu sewaktu pembentangan bajet 2018 pada 27 Oktober 2017.

Menurut surat pekeliling itu, kadar baharu itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2018.

"Kadar kenaikan meliputi bantuan orang tua dari RM300 ke RM350 sebulan.

"Elaun pekerja cacat dinaikkan kepada RM400 sebulan, bantuan OKU tidak berupaya sebanyak RM250 sebulan, manakala penjagaan pesakit terlantar sebanyak RM350 sebulan," katanya.

Surat pekeliling itu turut menyebut, pelaksanaan kadar baharu itu meliputi kes sedia ada, kes kaji semula dan kes baharu.

Surat pekeliling berkenaan turut disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Mohd Fazari Mohd Salleh.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: OKU dapat bantuan tapi tak cukup!]

[ARTIKEL BERKAITAN: Gigih cari rezeki walaupun bertongkat]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Naikkan bantuan jadi RM500']

[ARTIKEL BERKAITAN: Tidak amal konsep negara kebajikan]

[ARTIKEL BERKAITAN: 3,617 individu di Kuala Lumpur terima elaun pekerja cacat]