Adik tetak abang, kakak ipar akibat berebut harta

Orang awam menjumpai pasangan suami isteri dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pagar sebuah kuil di Kampung Chuang, Rasa semalam.
Orang awam menjumpai pasangan suami isteri dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pagar sebuah kuil di Kampung Chuang, Rasa semalam.
A
A
A

HULU SELANGOR - Kejadian seorang adik melanggar dengan kereta dan menetak abang serta kakak iparnya di hadapan sebuah kuil di Kampung Chuang Rasa di sini, sebelum mayat lelaki itu ditemukan terapung di lombong adalah berpunca akibat berebut harta.

Ketua Polis Derah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa berusia 65 tahun dan isterinya, 56, cedera di kaki dan tangan akibat ditetak suspek dengan menggunakan parang sebelum mereka ditemui oleh orang awam terbaring dalam keadaan berlumuran darah di pagar kuil berkenaan kira-kira jam 7.56 pagi semalam.

"Saksi itu memaklumkan, pasangan tersebut sedang menunggang motosikal jenis Honda C90 sebelum dilanggar oleh sebuah kereta Proton Iswara. Suspek yang berusia 61 tahun kemudian menetak abang dan kakak iparnya itu sebelum melarikan diri.

“Kita telah menjumpai parang yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu di tepi jalan simpang tiga di Pekan Rasa. Hasil pemeriksaan, kita mengesan tiga cap jari di permukaan senjata tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bagaimanapun mayat suspek kemudian ditemui terapung berhampiran sebuah kereta yang terjunam di tepi tebing di lombong Antara Gapi pada jam 1.10 petang.

“Hasil pemeriksaan pada fizikal tiada kecederaan serta unsur jenayah. Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat," katanya.

Arsad memaklumkan kes tetak pasangan suami isteri itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan manakala kes kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: