Nasib malang Liverpool

Liverpool masih menunggu pihak Liga Perdana meneruskan kembali saingan musim ini.
Liverpool masih menunggu pihak Liga Perdana meneruskan kembali saingan musim ini.
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters memberi bayangan Liverpool berkemungkinan tidak akan dapat menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) sekalipun memenangi kejuaraan musim ini.

Menurut Masters, pihaknya perlu melihat situasi semasa pandemik Covid-19 sebelum membuat sebarang keputusan sama ada membenarkan acara menjulang trofi diadakan.

“Sekiranya mungkin, ya (kami akan mengadakannya). Kami akan cuba memastikan ada acara menjulang trofi tersebut untuk memberikan penghargaan kepada para pemain dan kakitangan kelab yang sudah bekerja keras.

“Kami akan cuba melakukannya kecuali jika ia tidak bercanggah mengenai soal keselamatan. Kami fokus untuk menyelesaikan musim 2019-20, tetapi kami juga harus melihat semua kemungkinan,” katanya.

Liverpool yang berada di kedudukan teratas EPL dengan kelebihan 25 mata kini hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk menjadi juara EPL, sekali gus menamatkan penantian 30 tahun mereka.

Dalam masa sama, Masters mengesahkan semua pasukan sudah boleh memulakan latihan, namun dalam keadaan yang minimum dan tanpa sebarang sentuhan.

“Kita akan berbincang lagi dengan semua pasukan minggu depan mengenai latihan yang lebih menyeluruh dan bersedia untuk penjadualan semula liga pada 12 Jun,” jelasnya.

Biarpun sedang giat merancang untuk kembali mengatur saingan EPL, Masters turut mengakui pihaknya akan menghadapi masalah untuk menjadualkan semula kempen liga musim depan.

Artikel Berkaitan:

“Kami belum berbincang sepenuhnya mengenai perkara tersebut. Akhir bulan saingan liga mungkin selesai pada penghujung Julai nanti jika bermula 12 Jun ini. Saingan liga baharu akan kemungkinan bermula pada akhir Ogos. Kami mungkin terpaksa memendekkan waktu rehat,” ujarnya.