Tiga suspek bunuh budak didakwa esok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR- Tiga suspek yang ditahan berhubung kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan warga asing berusia enam tahun di depan sebuah pusat beli-belah di Jalan Memanda 3, Ampang di sini akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan ayah tiri, ibu serta nenek mangsa akan didakwa di Mahkamah Ampang pada jam 10 pagi.

"Suspek lelaki berumur 17 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh manakala suspek perempuan berumur 23 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak sementara seorang lagi suspek wanita berumur 63 tahun dibebaskan untuk dijadikan saksi pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: