X

Kindly register in order to view this article
!

Pentadbiran 1MDB akui projek PetroSaudi 'menyusahkan'

Najib (kanan) memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes rasuah 1MDB dan pengubahan wang haram.
A
A

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bahawa pihak pentadbiran 1MDB menggelar syarikat PetroSaudi International Ltd (PSI) dengan singkatan Pita atau 'pain in the a**'.

Shahrol Azral berkata, gelaran itu dibuat sekadar bahan lawak di kalangan ahli pengurusan 1MDB sendiri dan PSI merupakan antara projek yang dijalankan oleh 1MDB pada tahun 2012.

Beliau memberi keterangan demikian ketika pemeriksaan balas dilakukan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sambung bicara, hari ini.

Muhammad Shafee: 1MDB ada banyak projek pada tahun berkenaan?

Shahrol Azral: Ya

Muhammad Shafee: Kenapa PSI digelar Pita?

Shahrol Azral: Ia sekadar bahan lawak di kalangan ahli pengurusan 1MDB. P bermaksud PSI manakala ITA bermaksud menyusahkan (dalam bahasa Inggeris).

Muhammad Shafee: Saya sudah agak Pita bermaksud sedemikian, tetapi kenapa sampai dipanggil begitu?

Shahrol Azral: Ada beberapa sebab dan salah satunya, kerana sukar, kerana perlu menghantar balik dana daripada PSI

Saksi ke sembilan itu juga berkata, ia diletakkan dalam kategori menyusahkan kerana mereka terpaksa berhati-hati dalam setiap hal kerana ia adalah isu yang sangat sensitif.

Disebabkan itu juga bekas CEO berusia 50 tahun ini berkata, pihak pengurusan tidak boleh menghentikan projek tanpa dimaklumkan kepada lembaga pengarah malah mereka perlu meminta pandangan Najib.

Najib, 67, menghadapi tuduhan didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan melakukan kesalahan di AmIslamic Bank Berhad Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.

Perbicaraan di hadapan Hakim, Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 4 Jun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!