X

Kindly register in order to view this article
!

Wajib saring untuk masuk Kelantan

Polis melakukan sekatan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan mewajibkan mereka yang masuk ke negeri ini menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan (JKKN) Kelantan Dr Izani Husin berkata, arahan itu membabitkan semua yang masuk melalui pesawat atau kenderaan darat.

Beliau berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat Khas JKKN hari ini berikutan seorang wanita hamil di Kuala Krai yang positif Covid-19 selepas pulang ke Kelantan.

“Mereka akan disaring di sekatan jalan raya di Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat JKKN Khas di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Zaini Hussin.

Dr Izani berkata, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri akan ditempatkan di semua pintu masuk sempadan negeri.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak menggunakan laluan tikus bagi mengelak menjalani ujian saringan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya turut mewajibkan pemakaian penutup muka di premis tertutup.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerja-kerja sanitasi juga dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai di pasar borong Kuala Krai.

Akhbar hari ini melaporkan, seorang wanita hamil didapati positif Covid-19 di negeri ini selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah ke Kelantan.

Wanita tersebut disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk menjalani rutin pemeriksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!