Mualaf sanggup jual harta bantu golongan terjejas Covid-19

Koh Steven sumbang pelbagai barang kepada petugas perubatan. - Foto Tribun News
Koh Steven sumbang pelbagai barang kepada petugas perubatan. - Foto Tribun News
A
A
A

BANDUNG - Seorang mualaf sanggup menjual hartanya bagi membantu petugas barisan hadapan dan penduduk yang terkesan wabak koronavirus (Covid-19).

Lapor Tribun News, Pusat Muslim Indonesia, Steven Indra Wibowo atau dikenali sebagai Koh Steven telah menjual dua rumah, tujuh kereta dan tiga motosikal berkuasa tinggi.

"Saya beranggapan segala harta yang dimiliki ini hanya pinjaman daripada ALLAH SWT.

"Apa pun yang dinamakan pinjaman semuanya pasti harus dikembalikan," katanya.

Koh Steven kini telah menyumbang 43,000 pakaian alat pelindung diri, menyumbang 80,000 liter pembersih tangan, 150,000 pelitup muka, ribuan bungkusan makanan dan makanan ringan kepada petugas perubatan serta golongan memerlukan.

Ini kerana, dia menjangkakan pandemik ini berterusan dan semakin ramai warga terkesan sehingga tidak mempunyai makanan.

Beliau juga berharap jalan yang dipilihnya dapat menjadikan motivasi dan ikutan orang berada.

Artikel Berkaitan: