Gu Sinar kongsi rezeki di musim Covid-19

Muhammad Nasir (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan daripada Gu Sinar kepada penerima di Semerak.
Muhammad Nasir (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan daripada Gu Sinar kepada penerima di Semerak.
A
A
A

PASIR PUTEH - Penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19) yang memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyakit itu memberi ilham kepada Kelab Pembaca Sinar Harian Pasir Puteh (Gu Sinar) untuk membantu golongan memerlukan.

Pengarah projek, Khuwarizmi Ab Rashid berkata, ilham itu timbul selepas pihaknya melihat ramai golongan berpendapatan rendah khususnya mereka yang menerima upah secara harian cukup terkesan dengan pelaksanaan PKP.

"Bila tak dapat keluar bekerja, maka tiadalah gaji dan situasi itu sekali gus menjejaskan pendapatan mereka," katanya ketika turun padang menyampaikan sumbangan.

Hadir sama Penaung Gu Sinar, Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hazmah.

Menurutnya, bertitik tolak dari situ, Gu Sinar bersepakat untuk mengumpulkan dana bagi disalurkan kepada mereka yang terlibat dan komitmen pihaknya dalam mendapatkan sumbangan Gu Sinar telah berjaya menyerahkan bantuan kepada seramai 25 keluarga dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Selising dan Gaal.

Khuwarizmi berkata, lebih menarik sumbangan itu dihulurkan ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan dan bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Gu Sinar menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

"Insya-ALLAH, kami akan terus berusaha mengumpulkan dana bagi membantu golongan yang memerlukan pada masa hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan: