Pasukan Respon Pantas KKMM nafi dua berita tular

Kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM.
Kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Respon Pantas di bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyangkal dua berita palsu yang tular di media sosial hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing menafikan dakwaan bahawa kononnya tiada ujian saringan koronavirus (Covid-19) dilakukan di Sarawak maka tiada kes baharu dikesan di negeri itu dalam tempoh enam hari berturut-turut.

"Pihak JKNS menjelaskan bahawa ujian saringan Covid-19 dijalankan seperti biasa walaupun jumlah kes positif di negeri itu mula menunjukkan trend mendatar sejak kebelakangan ini," kata kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM sebentar tadi.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Mohd Faizal Abdul Manap menafikan dakwaan bahawa anggota

perubatan berpakaian pelindung diri (PPE) ada membawa seorang warga emas berkerusi roda yang positif Covif-19 di Wisma Sentosa di Kuala Pilah.

"Beliau menegaskan, sehingga kini tiada kes terbaharu positif Covid-19 di Kuala Pilah dan menjelaskan warga emas dimaksudkan merupakan pesakit biasa yang mendapat rawatan di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah," kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: