Mayat hampir reput ditemui dalam semak

No Image Caption
A
A
A
JERTEH - Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui di dalam semak di Kampung Balik Bukit di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu jam 6.44 petang.

"Mayat dipercayai seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Sek Chee Chuan, 50, ditemui dalam keadaan terlentang pada jarak 100 meter dari jalan utama.

“Ketika ditemui, mayat tersebut dalam keadaan memakai baju t-shirt berwarna hijau, tidak berseluar dan berselipar biru. Lelaki itu dipercayai meninggal dunia kira-kira lima hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Rozak, ahli keluarga mangsa dimaklumkan untuk membuat pengecaman dan mayat tersebut dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. - Bernama
Artikel Berkaitan: