X

Kindly register in order to view this article
!

Mustahil Messi perkuat Inter Milan

Messi tidak mungkin akan meninggalkan Barcelona walaupun banyak khabar angin mengatakan dia akan ke kelab lain selepas kontraknya tamat tahun depan.
A
A

BEKAS Presiden Inter Milan, Massimo Moratti mengakui amat mustahil untuk melihat bintang Barcelona, Lionel Messi menyarung jersi kelab Itali itu.

Menurutnya, Messi tidak mungkin akan meninggalkan Barcelona walaupun banyak khabar angin mengatakan dia akan ke kelab lain selepas kontraknya tamat tahun depan.

“Messi adalah impian semua pasukan tetapi saya yakin dia tidak akan berpindah dari Barcelona. Dia pemain terbaik di sana dan Barcelona pastinya masih memerlukan khidmatnya.

“Barcelona juga sudah tentu akan cuba mempertahankan Messi walau apa cari sekalipun, apatah lagi kelab itu sudah mempunyai perancangan untuk Messi selepas dia bersara nanti,” kata Moratti.

Messi dikaitkan dengan Inter sejak Moratti mengatakan bahawa usaha untuk mendapatkan khidmat pemenang Ballon d'Or enam kali itu bukanlah angan-angan kosong.

Berita perpindahan kapten skuad kebangsaan Argentina itu juga bertiup kencang selepas dia dilaporkan tidak sehaluan lagi dengan ahli lembaga kelab The Catalan itu.

Dalam pada itu, Moratti mengakui sukar bagi penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez yang turut hangat dikaitkan dengan Barcelona untuk menolak tawaran kelab gergasi Sepanyol itu.

“Segala-galanya bergantung kepada Lautaro, saya membaca laporan media sebelum ini bahawa Barcelona membuat tawaran yang terlalu tinggi sehingga sukar untuk dia mengatakan tidak,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!