Bunuh jiran sebab tak tahan dengar bunyi ayam berkokok

Richard Ellison dituduh menyebabkan kematian jirannya, Benny Foutch di Rock, barat Virginia.
Richard Ellison dituduh menyebabkan kematian jirannya, Benny Foutch di Rock, barat Virginia.
A
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki di barat Virginia bertindak di luar kawalan apabila dia tergamak mencungkil mata jirannya sehingga mati akibat tidak berpuas hati dengan seekor ayam milik lelaki tersebut yang tidak berhenti berkokok.

Richard Wayne Ellison,47, didakwa atas tuduhan membunuh berhubung kematian jirannya, Benny Foutch,72, lapor Pejabat Sherif Mercer Country semalam.

Menurut laporan Bluefield Daily Telegraph, Ellison memberitahu seorang detektif bahawa dia telah pergi ke rumah jirannya itu pada Ahad lalu untuk membunuh ayam jantan tersebut kerana ia berkokok terlalu kuat, sebelum berlaku pertengkaran yang menyebabkan dia bertindak mencungkil mata Foutch hingga lelaki itu maut.

Dilaporkan Pasukan keselamatan Princeton telah dipanggil ke kediaman tersebut atas aduan yang tidak berkaitan sebelum menemui mayat Foutch di beranda di luar rumahnya dalam keadaan mata yang berdarah, lapor akhbar itu.

Detektif, Koperal M.S. Horn berkata, ketika mengambil gambar di sekitar tubuh Foutch, dia turut mengesan terdapat sebilangan besar bulu yang dipercayai berasal dari seekor ayam.

Menurut Horn, anak lelaki Ellison mendakwa dia melihat bapanya telah membawa bangkai seekor ayam jantan ke rumah mereka.

Katanya ketika disoal siasat, Ellison melakonkan semula bagaimana dia menekankan ibu jarinya di kedua biji mata Foutch.

"Dia turut mengaku telah membunuh jirannya itu dan mendakwa 'syaitan' telah mendorongnya melakukan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Ellison juga meminta dirinya ditembak dan bercakap tentang mahu seseorang dari penjara untuk membunuhnya," katanya.

Susulan daripada kejadian itu, Ellison diadili melalui sidang video dan jaminan ditetapkan sebanyak AS$200,000 (RM870040.00). - Agensi