Kes hasutan: Polis akan panggil Xavier

Xavier
Xavier
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung Isnin lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Superintendan Mior Faridalathrash Wahid berkata, bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, kita sudah menerima 33 laporan seluruh negara berhubung dakwaan itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Isnin lalu, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Ahli Parlimen Kuala Langat telah mengeluarkan kenyataan akan pendapatnya mengenai sidang sehari itu dan kerajaan.

Semalam, Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (Tuntut) turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya terhadap Xavier yang seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada hari sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Wangsa Maju turut membuat laporan polis berhubung isu sama terhadap Xavier. - Bernama

Artikel Berkaitan: