Lebih 19,000 kes positif Covid-19 di Indonesia

Sebanyak 693 lagi kes positif baharu virus itu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti virus itu di Indonesia kini 19,189 orang. - Foto 123RF
Sebanyak 693 lagi kes positif baharu virus itu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti virus itu di Indonesia kini 19,189 orang. - Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini melepasi angka 19,000 dengan jumlah kematian meningkat kepada 1,242 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, sebanyak 693 lagi kes positif baharu virus itu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti virus itu kini 19,189 orang.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 21 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,242 orang," katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 472 kes diikuti Jawa Timur (228 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam satu kenyataan turut mengumumkan pelaksanaan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di provinsi Jakarta dilanjutkan sehingga 4 Jun depan.

PSBB mula dilaksanakan 15 Mac lepas yang menguatkuasakan peraturan tertentu secara berperingkat-peringkat dan berkuat kuasa sehingga 22 Mei sebelum ini (sebelum dilanjutkan lagi sehingga 4 Jun). - Bernama

Artikel Berkaitan: