X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor, jururawat HRPZ II khatam al-Quran 22 kali

Dr Selasawati (kanan) khatam al-Quran bersama Pegawai Hal Ehwal Islam HRPZ II, Ustaz Mohd Zulkifli Mat Hussin (tengah); Timbalan Pengarah Pengurusan HRPZ II, Azman Ismail dan kakitangan HRPZ II hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Anggota barisan hadapan terdiri daripada doktor, jururawat dan seluruh kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini berjaya khatam al-Quran sebanyak 22 kali sepanjang Ramadan ini.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali yang turut sama khatam al-Quran berkata, bacaan ayat suci dilakukan secara serentak selama 15 minit di hospital pada setiap hari dengan menggunakan al-Quran yang diwakafkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Media Karangkraf bulan lalu.

“Sejumlah 230 kakitangan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap seorang perlu membaca satu juzuk al-Quran pada setiap hari bermula pada 1 Ramadan lalu.

“Bacaan dilakukan pada jam 8.45 hingga 9 pagi hari bekerja, bacaan dilakukan bersama-sama dan kemudiannya doktor, jururawat dan kakitangan pengurusan hospital menghabiskan bacaan satu juzuk sehari di tempat masing-masing mengikut kelapangan,” katanywakaa selepas khatam al-Quran di HRPZ II hari ini.

Kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini berjaya khatam al-Quran sebanyak 22 kali sepanjang Ramadan ini.
Kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini berjaya khatam al-Quran sebanyak 22 kali sepanjang Ramadan ini.

Beliau berkata, majlis khatam al-Quran dilakukan saban tahun sejak 2016, namun berbeza kali ini apabila pihak pengurusan hospital terpaksa menghadkan kehadiran kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Majlis khatam besar-besaran tidak dapat dilakukan tahun ini kerana ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) tetapi masing-masing tetap berjaya menghabiskan keseluruhan bacaan al-Quran.

“Masing-masing berjaya khatam secara persendirian dan diberikan sijil saguhati tanda penghargaan,” katanya.

Dr Selasawati turut mengajak semua agar memperbetulkan bacaan al-Quran agar sempurna dan memahami maksud pada setiap ayat yang disampaikan di dalam kitab itu.

“Al-Quran dapat menyatukan semua kakitangan di hospital ini dan menjadikan kami lebih rapat seperti sebuah keluarga yang besar.

“Membaca al-Quran juga adalah penawar dan pelindung terbaik sekali gus memberi kami semangat untuk meneruskan perjuangan dalam menghadapi krisis Covid-19,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus