Patuhi SOP sambut hari raya

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan umat Islam di negara ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun kerajaan telah membenarkan ziarah dan kunjung mengunjung, namun orang ramai masih perlu menjaga penjarakan sosial dan elakkan daripada bersentuhan serta bersalaman.

“Ini adalah cara untuk kita elakkan jangkitan kerana jika mereka yang positif datang ke rumah dan bila bersalaman dengan kita mungkin kita akan dijangkiti.

“Jadi kalau boleh kita elakkan daripada bersalaman dan juga amalkan penjarakan serta kerap cuci tangan, setiap rumah yang kita pergi pastikan kita cuci tangan dan Kalau boleh elakkan juga perhimpunan di satu-satu kawasan yang sempit,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: