Patuhi SOP, elak kluster raya!

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kewujudan 'Kluster Raya' dapat dielakkan jika umat Islam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Antara SOP itu ialah dengan duduk di rumah, amalkan jarak sosial termasuk ketika berbual, amalan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dan lakukan sanitasi dalam rumah khususnya atas permukaan yang kerap disentuh, katanya.

"Kita melihat kepada aliran jangkitan apabila ada perhimpunan besar-besaran atau pergerakan di satu tempat. Ia memungkinkan jangkitan itu berlaku kerana kita tidak tahu virus di mana," katanya ketika ditanya mengenai kebimbangan wujudnya 'kluster Raya' koronavirus (Covid-19).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan anugerah Clinical Research Malaysia (CRM) Sponsored Research kepada lima penerima sempena sambutan Hari Kajian Klinikal Sedunia di sini hari ini, Dr Adham berkata, setiap orang harus melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk melindungi keluarga dan komuniti ketika merentasi daerah termasuk di zon hijau.

"Sementara tunggu vaksin dibangunkan, kita perlu laksanakan normal-normal baharu," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: