Pasangan kekasih tak mengaku sembunyi kelahiran

Pasangan kekasih ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyembunyikan kelahiran bayi lelaki mereka berusia 9 jam di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Pasangan kekasih ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyembunyikan kelahiran bayi lelaki mereka berusia 9 jam di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pasangan kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran anak mereka berusia 9 jam pada 10 Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Haruldin Khairuddin, 20, bersama teman wanitanya yang berusia 16 tahun mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana sembunyikan kelahiran dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan meletakkan bayi lelaki mereka berusia 9 jam di atas tempat duduk di pondok rehat di Surau Haji Awang, Bukit Cempaka, Batu Rakit, Kuala Nerus, antara jam 10 hingga 10.30 malam.

Justeru, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah seterusnya membenarkan masing-masing diikat jamin RM5,000 setiap seorang serta menetapkan 26 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi lelaki bertali pusat ditemukan di pondok rehat

Sinar Harian Online sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di pondok rehat di tepi jalan di Kuala Nerus.

Artikel Berkaitan:

Penemuan bayi cukup sifat itu susulan penahanan dua lelaki berusia 20 dan 17 tahun yang sebelumnya dilihat menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan apabila kedua-duanya berulang alik di laluan sama.