Temui ajal ketika memandu

Abdullah Roning (Gambar kecil: Mohd Abdul Fatah Mohd Mansor)
Abdullah Roning (Gambar kecil: Mohd Abdul Fatah Mohd Mansor)
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki menemui ajal ketika memandu dipercayai akibat serangan jantung menyebabkan kereta dipandu terbabas di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu - Gua Musang, 9.15 malam semalam.

Ketika kejadian, Mohd Abdul Fatah Mohd Mansor, 34, sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Kuala Krai ke rumahnya.

Isterinya,Siti Aishah Mukhtar,32, serta anak lelakinya, Nurul Muzminah 9, murid Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, serangan jantung secara tiba-tiba menyebabkan kereta jenis Kia Sportage dipandu mangsa terbabas.

"Sebelum kejadian mangsa ada mengadu sakit pada bahagian dada dan pening kepada isterinya.

"Kereta dipandu mangsa terbabas ke kanan jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya

Artikel Berkaitan: