Bekas pengurus syarikat pembekal simen direman kes rasuah

Suspek (depan) di bawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan perintah reman hari ini.
Suspek (depan) di bawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan perintah reman hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang bekas pengurus besar kanan sebuah syarikat pembekal simen direman dua hari bagi membantu siasatan membabitkan berhubung dakwaan meminta dan menerima wang suapan secara bulanan berkaitan pemberian kontrak daripada dua buah syarikat sejak tiga tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norliza Hussin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16a (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula hari ini sehingga esok.

Suspek ditahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima wang suapan daripada dua buah syarikat berkenaan untuk membuat simen bagi pembinaan dari tahun 2017 hingga 2019.

Nilai suapan itu dianggarkan berjumlah RM332,000 sebagai balasan meneruskan pemberian kontrak kerja-kerja pembekalan kepada dua syarikat pembekal tersebut.

Bayaran dipercayai dibuat ke dalam akaun bank milik suspek.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini kira-kira jam 10 pagi.

Artikel Berkaitan: