Pasar Kampung Simee ditutup esok

Pasar Awam Kampung Simee akan ditutup esok bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong bagi membasmi penularan wabak denggi dan chikugunya di sekitar pasar tersebut.
Pasar Awam Kampung Simee akan ditutup esok bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong bagi membasmi penularan wabak denggi dan chikugunya di sekitar pasar tersebut.
A
A
A

IPOH - Berikutan penularan wabak denggi dan chikugunya, Pasar Awam Kampung Simee di sini akan ditutup esok selama sehari bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan media berkata, program gotong-royong akan dijalankan esok membabitkan MBI dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Awam Kinta (Unit Penyakit Berjangkit) Kementerian Kesihatan di sekitar pasar berkenaan.

Menurutnya, pasar tersebut akan beroperasi seperti biasa pada 22 Mei selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan.

"MBI berharap gotong-royong seperti ini akan memberi lebih keyakinan kepada warga kota Ipoh tentang tahap kebersihan Pasar Kampung Simee di samping bersama-sama menjaga kebersihan demi memastikan keselamatan para pengunjung pasar ini di tahap yang terbaik," jelas kenyataan tersebut.

Pada 18 dan 19 Mei lalu, Pasar Besar Ipoh turut ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan sempena Gotong-Royong Mega.

Gotong-royong itu dilaksanakan untuk memerangi wabak denggi dan chikungunya di kawasan persekitaran pasar berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasar Besar Ipoh ditutup dua hari

Artikel Berkaitan: