'Ronaldo paling banyak buat masalah'

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

BEKAS pengendali Real Madrid, Fabio Capello mengakui Ronaldo Nazario sebagai pemain yang paling banyak membuat masalah ketika dia membimbing Real pada 2006.

Menurutnya, dia tidak menafikan Ronaldo sebagai pemain berbakat, namun sikapnya di luar padang membuatkan dia sering menjadi perhatian semua pemain dan pengurusan kelab.

Malah, Capello juga menyifatkan Ronaldo sebagai individu yang suka berpesta ketika zaman kegemilangannya itu.

"Bakat paling hebat yang pernah saya latih adalah Ronaldo. Tetapi, dia tetap seorang pemain yang mencipta banyak masalah.

"Dia dulu suka berpesta dan melakukan segalanya. Pernah satu ketika Ruud Van Nistelrooy memberitahu kepada saya bilik persalinan berbau alkohol dan ia angkara Ronaldo," katanya.

Capello sempat bekerja sama dengan Ronaldo ketika dilantik sebagai pengendali Real pada musim panas 2006, namun kerjasama tersebut hanya bertahan enam bulan apabila pemain kelahiran Brazil itu dilepaskan ke AC Milan pada Januari 2007.

Bagaimanapun, Capello menegaskan Ronaldo tetap memberikan yang terbaik di atas padang dan kehebatannya sentiasa memudahkan pasukan mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Sudah tentu dia sangat berbakat dan seronok untuk melatihnya. Dia menjadi watak penting di Real pada ketika itu. Sentuhan dan corak permainannya mengangkat dia di kedudukan terbaik dunia.

Artikel Berkaitan:

"Namun, hubungan saya dengan Ronaldo tetap baik sehingga sekarang dan saya tidak mempunyai sebarang masalah dengannya," katanya.