45 kes ular sejak awal Januari

Antara ular yang ditangkap anggota APM Baling bulan ini.
Antara ular yang ditangkap anggota APM Baling bulan ini.
A
A
A

BALING - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling merekodkan 45 tangkapan ular sejak awal Januari hingga kini.

Pegawainya, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, kes tangkapan kebanyakan dibuat di rumah, reban ayam termasuk sekolah dan lain-lain.

Menurutnya, ular tedung dan sawa antara spesies yang paling banyak ditangkap setakat bulan ini.

"Orang ramai dinasihati menabur belerang di sekitar kawasan rumah bagi mengurangkan risiko dimasuki ular serta menjaga kebersihan di persekitaran sekeliling rumah.

"Sekiranya berdepan dengan ular, jika boleh diamkan diri jangan bergerak dan panik kerana ular sensitif dengan pergerakan kita," katanya.

Beliau berkata, APM sentiasa membantu masyarakat berkaitan apa sahaja yang mengancam keselamatan dan nyawa.

"Selain itu, kita mensasarkan setiap kampung di daerah ini mempunyai pasukan CDERT-C (Pasukan Tindak Balas Komuniti Pertahanan Awam)," katanya.

Artikel Berkaitan: