Atomy ringan beban 4 hospital kerajaan

(Dari kiri) Pengurus Perhubungan Awam Atomy Malaysia Muhamad Haizam Yahya Pengurus Bahagian Pemasaran Atomy Malaysia, Terrance Loh Kok Young dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) HRPB Ipoh, Perak, Haslina Tan Sali bersama produk pembersih sumbangan Atomy Malaysia.
(Dari kiri) Pengurus Perhubungan Awam Atomy Malaysia Muhamad Haizam Yahya Pengurus Bahagian Pemasaran Atomy Malaysia, Terrance Loh Kok Young dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) HRPB Ipoh, Perak, Haslina Tan Sali bersama produk pembersih sumbangan Atomy Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Atomy Malaysia Sdn Bhd (Atomy) menyumbang lebih 4,000 set pembersih tangan, pencuci rambut dan badan bernilai RM200,000 kepada empat buah hospital kerajaan.

Hospital tersebut ialah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di Perak; Hospital Kuala Lumpur (HKL); Hospital Shah Alam (HSA) di Selangor dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor.

Pengurus Besar Atomy, Sewon Kim berkata, sumbangan bertujuan membantu kesemua hospital berkenaan mengekang penularan wabak koranavirus (Covid-19).

Menurutnya, sumbangan itu juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam meringankan beban yang dihadapi oleh keempat-empat buah hospital itu.

“Bantuan mula diagihkan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun pada awal Mei lalu melibatkan lebih 1,000 botol pembersih tangan botol 500 mililiter (ml) dan 300 set pencuci rambut serta badan.

“Sumbangan kemudiannya diagihkan ke HKL, HSA dan HTAR. Masing-masing menerima 1,000 botol pencuci tangan 500ml,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

No Image Caption

Sewon berkata, pembersih tangan berkapasiti 500ml itu merupakan produk GSGS (Global Sourcing Global Sales) pertama yang dihasilkan oleh Atomy Malaysia Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keempat hospital berkenaan merupakan pengguna sulung pembersih tangan berkenaan sebelum ia dipasarkan di kalangan ahlinya.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan seperti kakitangan perubatan dan anggota penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bekerja keras membendung Covid-19.

“Kami sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memberikan sokongan kepada masyarakat pada saat kritikal ini.

“Malah, kami juga akan terus mengadakan program CSR khususnya terhadap golongan yang terjejas akibat pandemik ini,” katanya.