Rindu mak, ayah...

Anak-anak Baitul Sakinah teruja menerima kunjungan dan sumbangan yang disampaikan.
Anak-anak Baitul Sakinah teruja menerima kunjungan dan sumbangan yang disampaikan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menjelang Hari Raya Aidilfitri, anak-anak di sini sering bertanyakan kedua ibu dan bapa mereka, mungkin mereka rindu.." luah tenaga pengajar Baitul Sakinah Kuala Terengganu, Wan Nur Aina Mardhiah Wan Ahmad Rozailan, 24.

Katanya, sekiranya tidak mampu menjawab pertanyaan itu, mereka akan berusaha melakukan aktiviti menyeronokkan bagi menggembirakan anak-anak di situ.

"Menjelang Aidilfitri, anak-anak mula bertanya di mana ibu bapa mereka. Kita akan cuba sedaya upaya menjawab dan melayani mereka.

"Sekiranya tidak mampu kita akan cuba cari jalan seperti melakukan aktiviti lain untuk buat anak-anak ini gembira seterusnya melupakan persoalan yang bermain di fikiran mereka.

"Selain itu, kita juga akan sediakan mereka pakaian baharu untuk dipakai pada Hari Raya, beri duit raya untuk menggembirakan mereka," katanya ketika ditemui di Pusat Jagaan Baitul Sakinah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Wan Nur Aina Mardhiah bersama kakitangan pusat jagaan itu menerima kunjungan dan sumbangan disampaikan oleh Raia Hotel & Convention Centre Terengganu.

Menurut Wan Aina Mardhiah, saban tahun anak-anak di pusat jagaan itu akan dibawa ke kediaman tenaga pengajar sekiranya keluarga mereka tidak datang untuk mengambil mereka bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama.

Artikel Berkaitan:

Wan Nur Aina Mardhiah (empat dari kanan) menerima sumbangan disampaikan Roslina di Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Sakinah, Kuala Terengganu.
Wan Nur Aina Mardhiah (empat dari kanan) menerima sumbangan disampaikan Roslina di Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Sakinah, Kuala Terengganu.

"Sekiranya ada anak-anak yang tidak dijemput keluarga, kita akan bawa mereka balik untuk berhari raya di rumah.

"Biasanya hari raya pertama Baitul Sakinah akan sunyi sebab anak-anak ada yang pulang atau dibawa balik ke rumah tenaga pengajar atau pengurusan Baitul Sakinah," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan Raia Hotel & Convention Centre, Roslina Awang berkata, pihaknya berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan dan juadah berbuka puasa kepada seramai 30 anak-anak berusia empat hingga 13 tahun di pusat jagaan itu.

Katanya, program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

"Kita berterima kasih kepada mereka yang telah menyumbang bagi menjayakan program ini.

"Setakat ini program ini telah memberikan manfaat kepada 1,000 penerima terdiri dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik, anak-anak yatim, asnaf dan golongan warga emas," katanya.