Jutaan penduduk dipindahkan ancaman Taufan Amphan

Seorang sukarelawan Program Kesiapsiagaan Taufan (CPP) menggunakan megafon untuk mendesak penduduk berpindah ke tempat perlindungan susulan ancaman taufan Amphan di Khulna, Bangladesh.
Seorang sukarelawan Program Kesiapsiagaan Taufan (CPP) menggunakan megafon untuk mendesak penduduk berpindah ke tempat perlindungan susulan ancaman taufan Amphan di Khulna, Bangladesh.
A
A
A

DHAKA - Jutaan penduduk akan dipindahkan susulan ancaman Taufan Amphan selepas ia menghampiri India dan Bangladesh semalam.

Rancangan pemindahan itu bagaimanapun berdepan kesulitan berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Taufan Amphan dijangka membadai wilayah timur India dan Bangladesh pada tengah hari atau petang ini pada kelajuan sehingga 185 kilometer sejam.

Pihak berkuasa Bangladesh berkata, pihaknya bimbang ia akan menjadi taufan paling kuat sejak taufan Sidr yang menghancurkan negara itu pada tahun 2007 dan mengorbankan seramai 3,500 orang akibat banjir.

Menurut Menteri Muda Pengurusan Bencana, Enamur Rahman, mereka telah memindahkan ribuan individu dari kawasan rendah dan akan memindahkan hingga 2.2 juta penduduk lagi.

“Kita akan berusaha memastikan tidak ada yang terkorban. Untuk memastikan jarak sosial, jumlah tempat perlindungan digandakan dan pemakaian topeng muka juga diwajibkan. Kami juga menyediakan bilik pengasingan di tempat perlindungan untuk setiap pesakit yang dijangkiti wabak,” katanya. -AFP

Artikel Berkaitan: