Lebih 4.8 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19

Angka korban seluruh dunia kini mencecah seramai 318,465 orang.
Angka korban seluruh dunia kini mencecah seramai 318,465 orang.
A
A
A

ANKARA - Lebih 4.8 juta orang di seluruh dunia kini dijangkiti koronavirus (Covid-19) memetik data Johns Hopkins University pada Isnin.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, angka korban kini mencecah 318,465 orang dengan jumlah pesakit yang sembuh melebihi 1.78 juta.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk dilanda wabak menyaksikan lebih 1.5 juta kes disahkan dan 90,340 pesakit maut disusuli United Kingdom (UK) 34,876 kematian dan Itali 32,007 orang meninggal dunia.

Di Perancis pula seramai 28,242 orang maut diikuti Sepanyol 27,709.

Kes kedua tertinggi dilaporkan di Rusia mencecah 291,000 diikuti Brazil, UK, Sepanyol dan Itali.

China, negara pertama wabak itu dikesan mencatatkan 84,063 kes dan jumlah kematian setakat ini kekal sebanyak 4,638.

Secara keseluruhan, virus maut itu sudah merebak ke 188 negara dan wilayah. - Bernama

Artikel Berkaitan: