Gondola Venice di Itali kembali dibuka kepada pelancong

Pengendali gondola kembali bertugas hari ini selepas 'lockdown' di Itali ditarik balik. - Foto AFP
Pengendali gondola kembali bertugas hari ini selepas 'lockdown' di Itali ditarik balik. - Foto AFP
A
A
A

ROM - Salah sebuah tarikan pelancongan terkenal di Itali, gondola Venice kembali meluncur ke Grand Canal hari ini selepas negara itu melonggarkan 'lockdown' atau perintah berkurung yang dikenakan untuk mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Dengan memakai t-shirt berwarna biru dan putih bersama topeng muka dan sarung tangan, pengendali gondola membantu penumpang menaiki kapal di mana pita turut digunakan untuk menanda tempat duduk bagi mematuhi penjarakkan sosial.

"Ini adalah berita baik. Ia menunjukkan keinginan semua orang untuk kembali menjalani kehidupan normal secepat mungkin tanpa mengabaikan langkah berjaga-jaga," kata Giovanni Giusto, pegawai perbandaran untuk Perlindungan Tradisi.

Gondola lebih kecil yang sering dihiasi secara tradisional dan digunakan untuk membawa pelancong di sekitar bandar utara Itali dijangka kembali ke perairan pada 3 Jun depan selepas penduduk dari Kesatuan Eropah (EU) dibenarkan masuk ke Itali. - AFP

Artikel Berkaitan: