X

Kindly register in order to view this article
!

Tangani masalah penyeludupan rokok di Malaysia Timur

Briged Pasukan Gerakan Am Sarawak ketika melumpuhkan satu sindiket penyeludupan rokok dan arak.
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli politik daripada semua parti digesa supaya menghentikan kemelut politik tumpukan perhatian untuk menangani permasalahan sosio-ekonomi yang dihadapi masyarakat di Malaysia Timur.

Presiden dan Pengasas Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA), Joseph Anak Janting berkata, ia ekoran laporan theedgemarkets.com yang mendakwa Sabah dan Sarawak berada di tempat teratas bagi penyeludupan rokok.

Beliau berkata, amat menyedihkan dan memalukan untuk mendengar bahawa Sarawak merupakan nombor satu di Malaysia bagi pengedaran rokok seludup, iaitu mewakili 86.1 peratus daripada keseluruhan pasaran.

“Negeri jiran, Sabah begitu rapat di tangga kedua dengan 81 peratus. Isu ini menggambarkan permasalahan lebih rumit berkaitan dengan pendapatan purata gaji yang sangat rendah, penguatkuasaan yang lemah dan dasar-dasar awam yang tidak berkesan yang mengekang kemajuan ekonomi dan memudahkan perluasan aktiviti jenayah dan produk hara, di seluruh Malaysia Timur,’’ kata Joseph.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita di Sabah dan Sarawak pada 2018 ialah masing-masingnya RM25,861 dan RM52,301 manakala per kapita KDNK di Kuala Lumpur ialah RM121,293.

TRADA adalah pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat menjadikan kaum Dayak di seluruh Malaysia mendakap ilmu dan teknologi secara komprehensif bagi memastikan masa hadapan yang lebih inklusif dan lebih cerah.

Sementara itu Joseph berkata, sukatan standard kehidupan ini jelas menunjukkan betapa rakyat Malaysia Timur tertinggal di belakang.

“Malangnya, kita menjangkakan standard kehidupan akan menurun lebih lagi kesan daripada kehilangan pekerjaan yang teruk dan kejatuhan ekonomi disebabkan krisis Covid-1.

“Ketika rakyat Malaysia Timur akan meraikan Pesta Kaamatan (Sabah) dan Hari Gawai (Sarawak) secara tertutup tidak lama lagi, ahli-ahli TRADA menggesa ahli-ahli politik negara ini supaya mengenepikan kecenderungan politik mereka dan turun ke padang membantu rakyat,” katanya.

Joseph berkata, TRADA mahu melihat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bekerja lebih kuat untuk mengadakan dasar-dasar yang meningkatkan standard sosio-ekonomi rakyat Malaysia Timur secara mampan.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga seharusnya bersikap lebih tegas untuk mengkaji semula cukai dan duti yang mengakibatkan produk menjadi terlalu mahal di Sabah dan Sarawak, menyebabkan penduduk tiada pilihan selain produk pasaran gelap. Penguatkuasaan sahaja tidak memadai bila 8 daripada 10 poduk adalah barangan seludup,’’ tegas beliau.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah ketika merampas rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai hampir RM1 juta termasuk cukai dalam serbuan di Kampung Bubul Laut, Semporna pada 2019.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah ketika merampas rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai hampir RM1 juta termasuk cukai dalam serbuan di Kampung Bubul Laut, Semporna pada 2019.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!