Perutusan istimewa Sultan Selangor buat ‘frontliners’

Sultan Selangor
Sultan Selangor
A
A
A

SHAH ALAM- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mendoakan semua petugas di barisan hadapan terus dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk berkhidmat demi negara.

Baginda menzahirkan ucapan itu menerusi satu perutusan istimewa yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi, Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri khusus buat petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga demi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin. -Foto: Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin. -Foto: Selangor Royal Office

“Beta dan Tengku Permaisuri Norashikin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada petugas-petugas di barisan hadapan (frontliners) khususnya kepada para doktor, jururawat dan kakitangan hospital.

“Beta amat menghargai pengorbanan yang dilakukan khususnya dalam mendepani risiko merawat kes-kes jangkitan wabak berbahaya Covid-19 yang masih menular.

“Terima kasih dan Selamat Hari Raya,” titahnya lagi.

Artikel Berkaitan: