Dua lori gagal pindah kayu getah

Dua buah lori membawa muatan kayu getah disita selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan kebenaran membawa keluar hasil hutan. Foto: Jabatan Perhutanan Perak.
Dua buah lori membawa muatan kayu getah disita selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan kebenaran membawa keluar hasil hutan. Foto: Jabatan Perhutanan Perak.
A
A
A

GERIK - Jabatan Perhutanan Perak menahan dua lori yang didapati mengambil dan memindahkan kayu getah tanpa kebenaran di Jalan Raya Air Panas Ganda di sini semalam.

Jabatan Perhutanan dalam satu kenyataan berkata, sepasukan penguat kuasa Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak melakukan pemeriksaan setelah menerima maklumat berhubung aktiviti itu.

“Penahanan ini dibuat berdasarkan kegagalan pemandu menunjukkan sebarang dokumen berkaitan kebenaran daripada pihak jabatan.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gerik dan kedua-dua kenderaan dan muatan kayu getah telah disita,” katanya.

Menurutnya, dua pemandu tersebut telah dibebaskan dengan bon jaminan polis.

“Kedua-dua suspek didapati mengambil dan memindahkan kayu getah tanpa lesen dan gagal menjelaskan bayaran royalti di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 selain tidak mematuhi arahan Pekeliling Pengarah Perhutanan Negeri Perak bil. 2/2019.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihaknya akan tetap menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 melalui pemantauan dan rondaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Artikel Berkaitan: