Kerajaan benar atlet jalani latihan persediaan program Road to Tokyo 2020

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran khas kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjalankan sesi latihan serta persiapan bagi program Road to Tokyo 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Beliau berkata, sesi latihan bagi program yang melibatkan seramai 265 individu termasuk 57 atlet itu bagaimanapun akan dijalankan di tiga kem latihan berpusat yang ditetapkan iaitu di Kompleks Sukan Bukit Jalil melibatkan 181 individu, Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara (56 individu) dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi (28).

"Kita asingkan kesemua yang terlibat di tiga kem latihan berpusat itu bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) latihan dapat dijalankan.

"Sesi latihan di ketiga-tiga Kem Latihan Berpusat itu akan bermula pada 1Jun sehingga 30 Jun bagi fasa pertama yang mana saringan koronavirus (Covid-19) akan dilakukan sewaktu pendaftaran," katanya pada sidang akhbar harian (Non-Health) di sini hari ini.

Beliau berkata, kelonggaran itu dipertimbangkan kerana mereka akan mewakili negara untuk ke sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo dijangka berlangsung awal tahun depan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: