Johor tidak benarkan ziarah kubur Aidilfitri ini

Aktiviti menziarahi tanah perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri dilarang di Johor.
Aktiviti menziarahi tanah perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri dilarang di Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Umat Islam di negeri ini dilarang menziarahi pusara dan tanah perkuburan pada hari raya Aidilfitri ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memutuskan tidak membenarkan aktiviti menziarahi pusara pada Aidilfitri ini.

Menurutnya, langkah itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa di seluruh negara.

"Umat Islam digalakkan mengadakan tahlil ringkas di rumah masing-masing bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan mengingatkan orang ramai agar tidak menziarahi tanah perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan usaha memutuskan rantaian Covid-19 tercapai.

Artikel Berkaitan: