Neymar sukar kembali ke Nou Camp

Elber menyifatkan sukar untuk Neymar (tengah) untuk kembali semula ke Nou Camp.
Elber menyifatkan sukar untuk Neymar (tengah) untuk kembali semula ke Nou Camp.
A
A
A

BINTANG Brazil, Neymar tidak akan kembali semula menyarung jersi Barcelona selepas meninggalkan gergasi La Liga itu pada 2017 bagi menyertai jagoan Perancis, Paris St Germain (PSG).

Menurut bekas penyerang Brazil, Giovane Elber, tonggak PSG berusia 28 tahun itu berdepan kesukaran untuk kembali ke kelab lamanya setelah mengharungi detik penuh drama ketika meninggalkan Nou Camp.

“Secara jujur saya tidak nampak jalan untuk Neymar kembali semula ke Barcelona setelah apa yang berlaku pada 2017.

“Neymar berperilaku buruk apabila memilih untuk meninggalkan Nou Camp selepas mendapat tawaran lumayan dari PSG bagi menjadi pemain terbaik dunia.

“Demi Tuhan, anda tidak akan menjadi pemain terbaik dunia apabila beraksi untuk kelab seperti PSG," kata bekas pemain berusia 47 tahun itu.

Pada 2017, Neymar menyertai gergasi Ligue 1 berkenaan apabila mengikat kontrak selama lima tahun dengan rekod perpindahan termahal dunia 222 juta euro (RM1.13 bilion) daripada Barcelona.

Elber menyifatkan sukar untuk Neymar (tengah) untuk kembali semula ke Nou Camp.
Elber menyifatkan sukar untuk Neymar (tengah) untuk kembali semula ke Nou Camp.

Pada ketika itu, pemain berusia 25 tahun itu menerima gaji 30 juta euro (RM152 juta) setahun.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Elber berkata, Neymar perlu memilih kelab yang mempunyai reputasi dalam liga utama Eropah untuk menjadi pemain berstatus terbaik dunia

“Bukan sesuatu yang mudah untuk memiliki status pemain terbaik dunia kerana berkait dengan kelab yang disertai.

“Dalam kes Neymar, dia seharusnya ke Real Madrid atau Barcelona, atau kelab lain yang memiliki status memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara,” katanya.