Sambung reman tiga suspek bunuh budak

Noor Azmi Yusoff
Noor Azmi Yusoff
A
A
A

AMPANG - Tiga suspek yang ditahan berhubung kes bunuh kanak-kanak perempuan warga asing berusia enam tahun di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Memanda 3 di sini disambung reman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kesemua suspek disambung reman sehingga Jumaat.

“Sebelum ini kesemua suspek direman seminggu dan ia berakhir semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga suspek kes bunuh budak 6 tahun direman

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak dibunuh kerana enggan makan

Pada 11 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan mayat kanak-kanak perempuan yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu ditemui di hadapan kedai makan sebuah pusat beli-belah berkenaan kira-kira jam 9.50 pagi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terbaring dan masih berpakaian lengkap.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan termasuk lengan dan badan.

Susulan itu berdasarkan maklumat yang diterima, selang 30 minit kemudian polis berjaya menahan tiga individu iaitu bapa tiri mangsa serta dua wanita yang juga pemegang kad UNHCR di sebuah hotel di Jalan Memanda 5, Ampang Point.

Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan ayah tirinya menggunakan objek keras dan tumpul dipercayai kerana mangsa enggan untuk makan.