10 individu dikehendaki

L.Satiya Seelan, Megat Irawan Roselan, Ahmad Haris Ng Abdullah, Mohd Fadzil Musthapa, Nazri Al Majid
L.Satiya Seelan, Megat Irawan Roselan, Ahmad Haris Ng Abdullah, Mohd Fadzil Musthapa, Nazri Al Majid
A
A
A

KLANG - Polis sedang giat mengesan 10 individu bagi membantu siasatan melibatkan beberapa kes jenayah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, daripada jumlah itu, empat individu terlibat sedang dikesan bagi membantu siasatan melibatkan kes bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mereka dikenali sebagai L Satiya Seelan, Ahmad Haris Ng Abdullah, R Danesh dan Tan Jii Yeng.

M. Buginiasvaran, Tan Jiin Yeng, Haikal Adznan, Ahmad Zuhdi, R. Danesh
M. Buginiasvaran, Tan Jiin Yeng, Haikal Adznan, Ahmad Zuhdi, R. Danesh

"Selain itu, pihak kami juga sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan melibatkan kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Baki individu selebih dikesan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Shamsul berkata, pihaknya memohon bantuan orang ramai untuk memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat berhubung semua individu terlibat.

Katanya, maklumat itu boleh disalurkan terus menerusi Asisten Superintendan Sukri Ayob di talian 012-5586363 atau Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga boleh berhubung dengan mana-mana balai berhampiran sekiranya mempunyai maklumat mengenai individu-individu terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.