Pasar Besar Seremban beroperasi esok

Pasar ini dibuka semula kepada orang ramai bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari. (Gambar kecil: Zazali)
Pasar ini dibuka semula kepada orang ramai bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari. (Gambar kecil: Zazali)
A
A
A

SEREMBAN – Selepas dua minggu ditutup, Pasar Besar Seremban kini dibuka semula kepada orang ramai bermula esok.

Pasar itu diarahkan tutup sejak 3 Mei lalu berikutan terdapat kes jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan peniaga dan susulan itu seramai 618 peniaga dikehendaki membuat saringan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Datuk Zazali Sallehudin berkata, daripada 618 peniaga, hanya 85 daripada mereka tidak dibenarkan beroperasi.

“Kesemua peniaga dikehendaki membuat saringan Covid-19 sebanyak dua kali bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada wabak berkenaan.

“Kita bagi tempoh tiga hari kepada mereka untuk buat saringan tapi 85 daripada mereka didapati masih belum buat saringan kali kedua,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu beliau menggesa peniaga terbabit membuat saringan kali kedua di Klinik Kesihatan Daerah berhampiran.

Menurutnya, orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk datang ke pasar itu kerana ia sudah bebas daripada daripada wabak Covid-19 selain telah disanitasi beberapa kali.

“Bermula esok pasar ini dibuka semula kepada orang ramai bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun dah bebas daripada Covid-19, peniaga tetap perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan ditetapkan begitu juga dengan orang ramai,” katanya.