Dua penganggur ditahan miliki dadah

Dadah yang dirampas daripada suspek berusia 47 tahun di Kampung Paya Keladi Ujong.
Dadah yang dirampas daripada suspek berusia 47 tahun di Kampung Paya Keladi Ujong.
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis menahan dua lelaki kerana memiliki dadah dalam serbuan berasingan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki pertama yang merupakan penganggur ditahan di tepi Jalan Kampung Lahar Tiang di sini pada jam 1 pagi tadi kerana memiliki 15.3 gram (g) heroin dan 5g syabu.

Menurutnya, lelaki berusia 25 tahun itu mengaku dadah berkenaan untuk kegunaannya sendiri.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif syabu. Dadah yang dirampas bernilai RM1,600 dan suspek kini direman tujuh hari sehingga 25 Mei ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Dadah yang dirampas daripada lelaki berusia 25 tahun di Kampung Lahar Tiang.
Dadah yang dirampas daripada lelaki berusia 25 tahun di Kampung Lahar Tiang.

Noorzainy berkata, dalam tangkapan berasingan, seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan kerana memiliki 104g heroin dan 5.9g syabu.

"Suspek yang juga penganggur itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Paya Keladi Ujong di sini pada jam 2.30 pagi tadi.

"Dadah bernilai RM6,000 dipercayai untuk dijual di sekitar Kepala Batas dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif syabu.

Artikel Berkaitan:

"Suspek direman tujuh hari sehingga 25 Mei ini," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.